Monday, January 3, 2011

Tangisan Seorang Anak .

Bismillahhirrahmanirrahim ..Assalammualaikum wbt ..
Credit to MY MUM for the story . i will always love u . ure my heart , my soul , my everything ..

CERITA 1 .
 Malam itu , abang Rahman & sekeluarga dtg ke rumah . mak aku menyambut dgn tgn terbuka kerana abang rahman ni anak buah die . dengar teriakkan dari ruang tamu memanggil namaku . tergesa2 aku berlari kehadapan . 'Pergi buat air , Rahman dtg ni ' tanpa membuang masa , segera aku ke dapur utk menyediakan air panas . dulu an rumah guna dapur kayu saje . nak menyalakan kayu pon mengambil masa yang agak lama . umur aku baru 10 tahun waktu tu . tp kerana aku anak pertama dlm keluarga aku , jadi tanggungjawab sgt besar utk aku pikul . baru 2 minit aku didapur . mak aku berteriak dari ruang tamu . 'Ami , cepat buat air tu !' keras bunyi nya kata2 mak aku ni , aku kena buat cepat sebelum mak aku mengamuk . aku takut nak besarkan api kerana cerek mak aku mungkin hitam . mak aku berteriak lagi , kali ni dgn lebih kuat dan keras 'Cepatlah , mana airnye ?!' kerana takut , aku terus membancuh air yang tak panas itu dan terus ku hidangkan ke dapur . apabila kole itu drase oleh mak aku , tanpa berlengah , didepan semua orang air didalam kole itu disimbah ke muka ku . mak aku menjerit ' Macam ni ko buat air ? tak panas ?!' Abg rahman terus tak senang duduk dan berkata ' Apa mak ni ? td suruh cepat2 pastu nak marah2 pulak' . (panggilan mak digunakan oleh abg rahman kepada mak aku) . aku terkedu . mak aku menjengilkan mata nya smbil berkata ' memang patut pon dpt mcm tu , penat aku ajar ' . aku hanya mendiamkan diri . hanya tangisan menemani aku mlm itu .

CERITA 2.
'ayah aku tak adil !' kenapa adik aku disekolahkan tp aku dibiarkan bodoh ? aku langsung tak dihantar ke sekolah . aku memang nk ke sekolah . tp dicanang kepada semua yang bertanya tentang aku bahawa aku yang tidak mahu sekolah . aku redha . aku terima seadanya kerana dia adalah ayah aku . aku tak pernah meluahkan perkara ini kepada sesiapa pun , utk menjaga maruah keluargaku . oleh kerana tidak bersekolah , jd aku terpaksa melakukan kerja2 kampung seperti mengikut ayah ku menanam padi . aku juga turut bekerja sambilan dikilang, kerja sambilan ini aku langsung tidak memberitahu ayah aku sehingga la mlm sebelum aku mula bekerja disana . ada sekali aku mendapat berita akan kekosongan jawatan di salah sebuah kilang di kuala lumpur . berita itu aku khabarkan kepada ayah aku . bukan kebenaran aku dpt tp penghinaan . aku maseh igt dgn jelas kata2 ayah aku . ' BAGUSLAH KAU PERGI KERJA KT KL TU , CUKUP BULAN BOLEH BELIKAN AKU KERETA SEBIJIK' . nampaknye die igt aku akan jd pelacur di kuala lumpur nnt . astaqfirullahalazim . aku redha . aku teruskanlah kerja2 dikampung ini .

CERITA 3 .
bln 10 ni genaplah usia aku 26 tahun . memang pada masa itu , perempuan seusia aku sudah dinikahkan akan tetapi kerana mahu menjaga mak ayah dan adik2 aku , aku tutup niat aku itu . sudah beberapa kali aku membawa kenalan rapat ku utk dikenalkan kepada mak ayah ku tapi semuanya ditolak oleh ayah aku . takpe , aku redha . tibe2 , aku dijodohkan dgn org yg aku tak kenal . aku tak boleh menolak kerana aku tak mahu dicop anak durhaka . mak aku berkata ' KAU TU DAH ANAK DARA TUA , KAHWIN JELA ' . naseb bdn aku .bulan 4 , 20 aribulan , aku diijabkabulkan . dan suami aku membawa aku ke kuala lumpur . RUPANYA , suami ku juga tidak tahu menahu akan perkahwinan ini . tanpa cinta , hubungan ini seperti tidak kemana .

CERITA 4 .
sudah 28 tahun aku mendirikan rumahtangga , dan aku bahagia sekarang . suami aku sgt mencintai aku dan anak2 aku sgt menyayangi aku . kini sudah hampir 15 tahun ayah aku meninggal dunia . aku redha . tak pernah aku suarakan hal ini kepada anak2 ku , tp kini , adik aku menghantar mak ku kerumah ku di kl .dan semuanya telah aku cerita kepada anak2 aku kerana tak sanggup menanggung nya sendirian . aku bkn tak suka mak aku disini tp ini lah manusia . waktu mak aku sihat , semua org sanjng die . bile da tak boleh jln , sesuka hati kau cmpak die ke ana ke sini . tp aku redha , aku jaga die sepenuhnya hati aku . walaupun lepas ape yang die buat dkt aku , aku redha dan terima seadanya . aku redha . 

Ya Allah , Kau Ampunkan dosa aku jika aku ade membuat dosa mereka .
Ya Allah , ko tempatkan mereka di dalam SyurgaMu dan jauhkan mereka dari NerakaMu . 
Hanya padaMu aku memohon . amin .
mak aku dlm cerita ini sgt dikenali di kampung dan digelar SINGA BETINA .

Aku tahu , maseh byk cerita yang maseh mak aku simpan didalam kotak ingatan die . mak , walau apapun jd kami adalah anak mak selamanya . sayang mak selamanya !!!!